TAKAFUL IKHLAS AWARD

TAKAFUL IKHLAS AWARD

KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)


SOAL JAWAB MENGENAI KAD


PERUBATAN (MEDICAL CARD)NIKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL

DARI TAKAFUL IKHLAS


MENGAPA IKHLAS MEDIC ASSIST TAKAFUL?

1. Kad Bantuan Kemasukan Hospital (HA)
Bagi panel hospital yang diluluskan – untuk kemudahan tuntutan.

2. Perlindungan Komprehensif
Perlindungan ini memberi rawatan yang diperlukan yang akan dibayar mengikut caj yang berpatutan dan diterima umum dilokasi dimana anda menerima rawatan.

3.Pembaharuan Sehingga Umur 70 Tahun
Sijil diperbaharui diatas keputusan peserta. Pihak Takaful IKHLAS tidak boleh menolak pembaharuan sijil dan tidak boleh menambah kepada pengecualian didalam sijil pada masa pembaharuan. Akan tetapi, sijil ini boleh ditarik balik dari pasaran mengikut Syarat Penarikan Balik Portfolio.

4. Pengiraan Sumbangan Secara Berkelompok

Sumbangan Takaful adalah tidak dijamin. Akan tetapi, kenaikan kadar sumbangan adalah secara berkelompok dan perlu diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Ini bermaksub, mereka yang telah membuat tuntutan keatas sijil tidak akan dikenakan sumbangan yang lebih daripada mereka yang lain.

5.Tiada Had Tuntutan Setiap Hilang Upaya
Selain daripada had Tahunan Keseluruhan dan Had Jangka Hayat, tiada had lain yang dikenakan keatas jumlah tuntutan untuk setiap hilang upaya.

6. Kadar Sumbangan Uniseks
Sumbangan takaful dikira mengikut umur dan tidak ada perbezaan diantara sumbangan untuk lelaki dan wanita.

7. Sumbangan Yang Dikenakan
Sumbangan adalah berdasarkan umur pada harijadi yang akan dating dan dicarum setiap tahun pada kadar yang ditentukan semasa pembaharuan. Sumbangan adalah untuk orang yang sihat sahaja dan sumbangan tambahan dicaj kepada orang yang kurang sihat. Sumbangan tidak dijamin dan tertakluk kepada perubahan.

8. Permohonan Yang Mudah
Permohonan adalah sangat mudah. Sesiapa yang berumur diantara 19 hingga 60 tahun layak memohon. Sijil ini boleh dilanjut kepada anak-anak tanggungan anda yang berumur dari 30 hari hingga 19 tahun (sehingga umur 23 tahun jika pelajar sepenuh masa).