TAKAFUL IKHLAS AWARD

TAKAFUL IKHLAS AWARD

SOALAN LAZIM

Apakah perbahasan para ulama yang mengatakan bahawa insurans itu halal?
Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya. Sekiranya tiada nas, ianya adalah sesuatu yang diharuskan (mubah). Perbahasan mereka adalah berdasarkan kepada kaedah Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang asal mengenai sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga terdapat bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah berasaskan Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:-

"Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah : 13)

Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah kontrak yang membawa kepada
maslahah' (kepentingan awam) kepada peserta (insured). Tanpa insurans misalnya, keluarga terdekat seseorang akan menanggung beban penderitaan yang teramat sangat selepas kematiannya, Para ulama turut menambah bahawa adat dan kebiasaan (uruf) menjadi asas kepada amalan insurans.
Mengapa insurans konvensional diharamkan?
Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:-

[a] Gharar
''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.

Ayat Quran yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri". (an-nisa':29)

Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-

i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.

ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.

iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Bila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.

[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia
insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans
konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.
Apakah perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional?
 
 
TakafulInsurans Konvensional
Berasaskan Semangat Kerjasama Dan 'Tabarru'
Semata-Mata Berdasarkan Faktor-Faktor Komersial
Bebas Daripada 'Riba', 'Gharar' Dan 'Maisir'
Banyak Terlibat Dengan 'Riba, 'Gharar', Dan 'Maisir'
Majlis Penasihat Syariah (SAC)
Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC)
Keuntungan Akan Di Kongsi Di Antara Pengendali (Syarikat) Dan Peserta Berasaskan Mudharabah Atau Yuran Pencapaian Pelaburan
Mempraktikkan Faedah
 
 
Apakah keindahan Takaful?
Keindahan sistem ini ialah peserta boleh mendapat manfaat dua bentuk- pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui skim perlindungan dan mudharabah dan kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para pemegang sijil dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru' yang akan diberikan kepada mereka yang menderita kehilangan sesuatu dan ditimpa malapetaka. Istimewanya sistem Takaful ini juga kerana ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja malah sesuai dimanfaatkan juga kepada semua golongan masyarakat dan terbuka penyertaannya kepada semua pemegang
sijil, tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.
Apakah itu Al-Wakalah?
Al-Wakalah merupakan kontrak di mana peserta membenarkan pengendali untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau . Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan untuk urusan ini , dan ianya diambil daripada Dana Akaun Ta'awuni (TAP)
Apakah dana pelaburan di Takaful Ikhlas ?
Ini merupakan dana yang diambil daripada sumbangan peserta dan dilaburkan ke kaunter-kaunter Islam, Sijil Islam Kerajaan, Bond-bond Islam dan Simpanan Tetap dalam Institusi Kewangan Islam.
Apakah perbezaan utama di antara Akaun Pelaburan Peribadi (PIA), Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) dan Akaun Pelaburan Risiko Am (GRIA)?
PIA adalah dan untuk produk Takaful Keluarga yang mengandungi cirri-ciri perlindungan dan pelaburan tetapi Dana PRIA dan GRIA hanyalah untuk produk Takaful Am yang mengandungi ciri-ciri perlindungan sahaja.
Sila terangkan mengenai Dana Akaun Ta'awuni.
Dana Akaun Ta'awuni terdiri darpada tiga (3) dana utama:-

a. Dana Perbelanjaan
Dana Perbelanjaan merupakan dana untuk membayar perbelanjaan engurusan,retakaful dan simpanan untuk tujuan teknikal. Menerusi konsep Al-Wakalah yang digunakan di dalam Dana Ta'awuni, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan daripada dana ini.

b. Dana Risiko
Dana Risiko merupakan dana untuk membayar tuntutan-tuntutan.

c. Dana Khas
Dana Khas merupakan dana khas untuk membantu syarikat supaya tidak bergantung kepada retakaful.
Apakah prosedur untuk tuntutan Takaful Keluarga?
Dilanda tragedi dalam kehidupan?, Adakah anda salah seorang daripada peserta kami? Jika ya, kami sentiasa di sisi anda untuk membantu. Terdapat berbagai jenis tuntutan yang kami kendalikan. Antaranya:-

• Tuntutan Kematian
• Perbelanjaan Kematian Serta-merta
• Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
• Manfaat Hospital (HB)
• Manfaat Pengecualian Sumbangan (WC)
• Penyakit Kritikal
• Manfaat Pendapatan Keluarga
Bagaimana Untuk Menghantar Tuntutan Takaful Keluarga
1. Tuntutan mestilah dimaklumkan secara bertulis dengan serta-merta kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga sebaik sahaja kejadian berlaku. Sila hubungi talian 03-78011323 /1327 untuk mendapatkan borang tuntutan.

2. Keterangan mestilah dilengkapkan oleh pihak (mereka) yang berhak menuntut, di mana manfaat akan dibayar berdasarkan keadaan berikut:-

a) Wasi
Kenyataan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh penama yang terdapat dalam borang penamaan (wasi).

b) Hibah Yang Dicadangkan
Keterangan hendaklah dilengkapkan dan dibekalkan oleh orang yang bakal menerima bayaran manfaat. Untuk kes yang melibatkan kanak-kanak, kenyataan hendaklah dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.

c) Orang Yang Diamanahkan
Keterangan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh Orang (mereka) yang diamanahkan.

3. Dapatkan borang dan hantar semua dokumen-dokumen yang mustahak bagi menyokong tuntutan anda kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga.

4. Semua salinan dokumen untuk menyokong tuntutan anda mestilah telah disahkan dan disokong/ditandatangani oleh Pesuruh Jaya Sumpah Berdaftar atau kakitangan Takaful IKHLAS.

5. Semua dokumen yang diperlukan mestilah dibekalkan oleh pihak yang menuntut di atas kos sendiri.
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tuntutan Takaful Keluarga?
Senarai Dokumen-dokumen Sokongan Tuntutan
 
 


Dokumen Yang Diperlukan
Jenis Tuntutan
Kematian
Kehilangan Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD)
Perbelanjaan Kematian Serta-Merta
Manfaat Penepian Sumbangan /Manfaat Pendapatan Keluarga **
Manfaat Pendapatan Hospital
Penyakit Kritikal
Borang Tuntutan
X
X
X
X
 
 
Keterangan Pegawai Perubatan
X
X
 
X
 
X
Sijil Kematian( Telah Disahkan) /Permit Pengkebumian
X
 
X
X
 
 
Sijil Asal Kontrak
X
X
 
X
 
 
Laporan Polis/ Laporan Post Mortem (Kes Kemalangan Saja)
X
X
 
X
 
 
Bukti Umur Seperti Salinan KP/Sijil Kelahiran
X
 
 
X
 
 
Bukti Hubungan Di Antara Pihak Yang Menuntut Dengan Peserta Seperti : Sijil Perkahwinan
X
 
 
X
 
 
Borang Tuntutan Kemasukan Ke Hospital
 
 
 
 
X
 
Sijil Kemasukan Ke Hospital, Jika Diperlukan
 
 
 
 
X
 
Nota Pelepasan Keluar Hospital
 
 
 
 
X
 
Borang Tuntutan Penyakit Kritikal
 
 
 
 
 
X
Sijil Rawatan Perubatan (Penyakit Kritikal)
 
 
 
 
 
X
Laporan Perubatan Sokongan: Seperti Laporan Patologi Bagi Kanser
 
 
 
 
 
X
Surat Pentadbiran
X
 
 
 
 
 
Claim Release Form
X
X
 
 
 
X
 
 
Nota :
1) ** Menunjukkan tuntutan bagi manfaat ini hendaklah dibuat menerusi borang tuntutan Kematian/TPD
2)Untuk pertanyaan lanjut berhubung Prosidur Tuntutan, sila hubungi Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga di talian 03-78011312 / 1327
Berapa lamakah tempoh memproses tuntutan Takaful Keluarga?
Ia mengambil masa lebih kurang 3 minggu.
Bagaimanakah cara pembayaran Tuntutan Takaful Keluarga dibuat?
Pembayaran akan dibuat melalui cek.
Apakah E-Covernote?
• IKHLAS Motor menyediakan peserta-peserta kami dengan pengeluaran E-Covernote yang baru ataupun pembaharuan E-Covernote.
• Ia juga dihubungkan secara elektronik dengan JPJ untuk pembaharuan cukai jalan.
Apakah prosedur untuk tuntutan Kenderaan?
Anda terlibat dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan kepada kami.

Langkah 1 - Buat laporan polis secepat mungkin selepas kemalangan
Langkah 2 -Maklumkan kepada Jabatan Tuntutan kami/ejen/ panel bengkel membaiki kenderaan mengenai kemalangan dan dapatkan borang tuntutan untuk dilengkapkan. Jika kenderaan masih boleh dipandu, hantar kenderaan ke panel bengkel berhampiran, jika tidak sila hubungi no. talian bebas kami 1-800-88-1186untuk perkhidmatan penundaan.
Langkah 3 - Pastikan anda menghantar dokumen-dokumen sokongan untuk membolehkan kami mempercepatkan proses tuntutan anda.
Langkah 4 - Kebenaran untuk membaiki kenderaan akan dikeluarkan kepada bengkel membaiki kenderaan dalam tempoh 24 jam sebaik saja anggaran pembaikan atau laporan penaksir telah diterima.
Adakah peserta dibenarkan untuk menghantar kenderaannya ke mana-mana bengkel pilihannya sendiri?
Ya, tetapi pembaiki hendaklah terdiri daripada ahli panel bengkel kami ataupun beliau boleh pergi ke mana-mana pembaiki Francais. Sekiranya pembaiki adalah ahli panel, sila rujuk senarai ahli panel bengkel kami.
Berapa lamakah tempoh proses serahan?
Setelah menerima semua dokumen yang lengkap, ia akan mengambil masa lebih kurang 14 hari bekerja.
Bilakah tarikh serahan berkuatkuasa?
Pada tarikh kami menerima surat permohonan serahan.
Saya ingin menukar cara pembayaran daripada Auto debit kepada BIRO. Apakah dokumen yang perlu untuk diserahkan untuk pembayaran melalui Auto Debit/Kad Kredit/FPX dan BIRO?
Syarat-syarat untuk menukar cara pembayaran daripada Auto debit kepada BPA adalah seperti berikut:

a. Borang Permohonan Penukaran (pilihan)

b. Borang BPA (wajib)
i. Borang BPA 1/79
ii. Salinan kad pengenalan (bagi pembayar yang bekerja di Jabatan Kerajaan)
iii. Slip gaji terkini.
iv. ‘Had kelayakan Caruman’
Saya ingin menukar nombor Kad kredit/AutoDebit. Apa perlu saya lakukan?
Anda perlu menghantar:
a. Borang Permohonan Penukaran
b. Isikan borang Autodebit/Kad Kredit yang baru.
Kad Kredit saya telah luput. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda perlu mengemaskini tarikh luput terbaru secara bertulis.
Berapa lamakah AutoDebit/KadKredit/FPX dan BIRO akan bermula?
a. AD MBB/BSN – 2 minggu dari tarikh pendaftaran.
b. Kad Kredit-1 hari dari tarikh pendaftaran
c. BPA-2 bulan dari tarikh serahan kepada BPA
d. FPX-45 hari dari tarikh serahan kepada BIMB
Bolehkah saya menukar terma polisi?
Berdasarkan garispanduan syarikat, penukaran adalah tidak dibenarkan. Hal ini disebabkan oleh sekiranya terdapat penukaran, ia akan memberi kesan kepada seluruh caruman dan PIA/PRIA ataupun salah satu caruman akan meningkat/menurun dan akan bermula dari umur kemasukan sijil. 
Bagaimana polisi saya boleh lupus walaupun terdapat pemotongan berterusan melalui Kad Kredit/Auto debit/BIRO/SI setiap bulan? Adakah wang tersebut telah dipindahkan daripada polisi lama kepada polisi baru?
Ia berkemungkinan berlaku akibat :
a. Pemotongan lambat bermula, lebih kurang 2-3 bulan selepas polisi berkuatkuasa.
b. Bayaran diterima tetapi tiada nombor rujukan (polisi) atau nombor rujukan adalah salah untuk SI/Maybank2U/wang masuk di kaunter bank contoh Maybank, BSN dan lain-lain. Oleh sebab itu, bayaran tidak diterima dan polisi akan tertunggak dan menjadi lupus.
Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu polisi?
Ya, anda boleh.
Status pengeluaran polisi: Bilakah ia dikeluarkan dan bila ia boleh dihantar?
a. Kes biasa/tanpa ralat:10 hari
b. Dengan ralat:lebih daripada 10 hari.
Bagaimanakah saya memperbaharui insurans kereta saya? Bolehkah saya memperbaharui secara atas talian? Apakah E-IKHLAS?
Anda boleh melayari laman web kami di www.takaful-ikhlas.com.my dan cari portal E-IKHLAS. Di sini terdapat maklumat lengkap berkenaan pengeluaran Cover note secara atas talian dan anda boleh mengikut arahan langkah demi langkah untuk memperbaharui insuran kereta anda.
Adakah E-IKHLAS juga untuk motorsikal?
Tidak, buat masa ini, E-IKHLAS hanyalah untuk Kenderaan-Kereta Persendirian di bawah perlindungan komprehensif sahaja. 
Apakah manfaat E-IKHLAS?
1) Anda boleh memperbaharui insuran kereta dari rumah/pejabat, tanpa perlu beratur di kaunter.
2) Anda juga boleh memperolehi mata ganjaran Real Rewards. Untuk setiap RM1, anda akan menikmati 1 mata ganjaran Real (sehingga 800 mata ganjaran)
Bagaimanakan untuk saya mengetahui mata ganjaran Real Rewards telah dikemaskinikan di dalam akaun saya?
Mata ganjaran akan dikemaskinikan secara terus ke dalam akaun anda oleh Real Rewards dalam masa sebulan.