TAKAFUL IKHLAS AWARD

TAKAFUL IKHLAS AWARD

IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL


IKHLAS HAJI SAVINGS TAKAFUL

PENGENALAN

IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL adalah pelan yang dipakejkan bersama IKHLAS Savings Takaful (IST) dengan penambahan kadar sumbangan, IKHLAS Immediate Death Expense Takaful Rider (IDE) dan IKHLAS Critical Illness Takaful Rider (CI).

Pelan ini mempunyai kumpulan sasaran tersendiri. Pelan ini dipakejkan sebagai pengumpulan dana bertujuan menunaikan ibadah Haji atau tujuan murni. Perlindungan yang disediakan untuk pelan ini termasuk faedah-faedah kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh serta faedah penyakit kritikal

APAKAH MANFAAT YANG DITAWARKAN OLEH IKHLAS HAJJ SAVINGS TAKAFUL?

1. FAEDAH KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']

Faedah kematian bersamaan dengan Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada penama Peserta atau keluarga terdekat. Penama atau keluarga terdekat digalakkan untuk menggunakan sebahagian faedah kematian untuk membayar 'Badal Haji' bagi pihak Peserta.

2. FAEDAH TPD [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']

Jika berlaku hilang upaya kekal menyeluruh kepada Peserta yang merangkumi terma yang terdapat di dalam Sijil, Jumlah Perlindungan campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada Peserta.

3. FAEDAH SEGERA KEMATIAN [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']

Perbelanjaan Faedah Segera Kematian bersamaan RM2,000 akan dibayar dalam masa 24 jam (selepas penghantaran borang tuntutan, permit perkuburan atau sijil kematiankepada Syarikat) kepada penama Peserta atau keluarga terdekat.

4. FAEDAH PENYAKIT KRITIKAL PRA-BAYAR [Faedah Takaful ini dijamin oleh dana Tabarru']

RM10,000 akan dibayar apabila Peserta telah disahkan menghidapi penyakit-penyakit kritikal seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak Sijil. Pembayaran faedah di bawah faedah ini akan mengurangkan Jumlah Perlindungan asas.

5. FAEDAH PENAMBAHAN [Faedah Takaful ini tidak dijamin]

Penambahan adalah Sumbangan tambahan yang berfungsi sebagai akaun simpanan biasa oleh institusi kewangan. Kadar penambahan akan ditentukan pada permulaan

berdasarkan kepada jumlah jangkaan (atau kehendak) yang akan dicapai sehingga tempoh matang

6. FAEDAH TEMPOH MATANG [Faedah Takaful ini tidak dijamin]

Jumlah keseluruhan bersamaan dengan baki dalam PIA dan PRIA akan dibayar semasa tempoh matang.

Petikan berita dari Bernama:

Takaful Ikhlas Lancar Takaful Simpanan Ikhlas Haji

KUALA LUMPUR, 20 Mei (BERNAMA)-- Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) hari ini melancarkan produk terbarunya Ikhlas Hajj Saving Takaful.
Ia dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Menyertai Pelan Takaful

















TAKAFUL DAN ANDA
















(Perlindungan Rawatan Hospital & Pembedahan Berlandaskan Syariah)


Insan kadang-kadang berhadapan dengan risiko yang tidak diingini yang berkaitan dengan kesihatan dan memerlukan rawatan segera. Pelan IKHLAS MEDIC-ASSIST TAKAFUL menawarkan perlindungan kepada pembiayaan kos rawatan dan pembedahan di hospital bagi setiap peserta.





PELAN-PELAN RIDERS YANG DITAWARKAN



Pelan-pelan RIDER Takaful direkacipta bagi memenuhi keperluan perlindungan individu yang berbeza-beza keperluannya. Pelan-pelan ini dapat menyempurnakan pelan-pelan asas takaful yang diambil oleh peserta.




Walaupun pelan-pelan RIDER adalah pelan sampingan dan bersifat optional, namun tuan/puan digalakkan untuk mendapatkan nasihat yang menyeluruh daripada perunding Takaful yang sah dan berkelayakan supaya keperluan perlindungan Takaful tuan/puan dapat dipenuhi.




Term Rider
Critical Illness Rider
Accidental Death & Disability Rider
Hospital Benefit Rider
Immediate Death Expense Rider
Waiver of Contribution Rider
Payor Savings Rider
Family Income Rider
Regular Top-Up Rider




Senarai 40 Penyakit Kritikal yang dilindungi: