TAKAFUL IKHLAS AWARD

TAKAFUL IKHLAS AWARD

Insurans Hayat Ganti MRTA / MRTT

Insurans Hayat Ganti MRTA / MRTT

Skim pinjaman perumahan adalah pinjaman jangka masa panjang yang terdedah kepada risiko dan perlu dilindungi insurans bagi mengelakkan pinjaman atau waris daripada dibeban hutang sekiranya sesuatu berlaku kepada peminjam.


Selalunya pihak bank akan menasihatkan peminjam untuk membeli polisi insurans tempoh gadaian janji berkurangan (mortgage reducing term assurance – MRTA ) yang bertujuan melindungi kepentingan peminjam jika berlaku kematian atau hilang upaya.

Premium kepada polisi MRTA/MRTT dibayar secara premium tunggal dn kebanyakan daripada premium MRTA/MRTT dimasukan kedalam pinjaman perumahan. Namun, dari segi jangka panjang ini akan merugikan peminjam kerana pihak bank turut mengenakan faedah.


Pilihan program perlindungan insurans ini sebenarnya bergantung kepada peminjam dan pihak bank tidak berhak memaksa peminjam untuk membeli polisi MRTA/MRTT daripada mereka.


Jika peminjam merasakan polisi insurans yang ditawarkan oleh syarikat insurans lebih baik berbanding dari bank, mereka boleh mengambil program berkenaan dan kemudiannya membuat penyerahan hak mutlak kepada pihak bank.


Manfaat yang diperolehi oleh peminjam sekiranya mereka mengambil insuran hayat bagi menggantikan MRTA/MRTT.


  1. Insurans hayat mempunyai nilai tunai dimana apabila peminjam habis membayar pinjaman perumahan beliau mempunyai dua asset, iaitu rumah yang habis dibayar dan polisi hayat. Sebaliknya, MRTA/MRTT tidak wujud lagi apabila pinjaman habis dibayar. Dengan itu semua bayaran yang dibuat untu MRTA/MRTT hilang atau membazir begitu sahaja.


  1. Insurans hayat menawarkan dividend dan bonus bagi setiap ringgit yang dicarum. Berbeza dengan MRTA/MRTT, jika bayaran MRTA/MRTT dicampurkan kedalam pinjaman perumahan, peminjam dikenakan pula bayaran faedah sepanjang tempoh bayaran pinjaman tersebut dan menurut perancangan kewangan, tindakan ini adalah satu langkah yang kurang bijak. 

  1. Seandainya peminjam ingin membuat pinjaman semula (refinancing) rumahnya beberapa tahun kemudian, peminjam dikehendaki membayar untuk MRTA/MRTT yang baru. Nilai bayaran yang dikenakan pula bergantung kepada tahap kesihatan dan umur peminjam. Sebaliknya, jika peminjam mempunyai insurans hayat, peminjam hanya perlu membuat penukaran penyerahan hak mutlak (reassignment) polisi hayat berkenaan kepada bank yang baru dan tidak perlu mengambil insurans hayat yang berlainan. Tiada perubahan kepada nilai caruman insurans hayat kecuali jika ada penambahan nilai pinjaman daripada yang lama. 

  1. MRTA/MRTT melindungi hanya kematian dan hilang upaya kekal kepada peminjam. Berbeza dengan insurans hayat, yang turut melindungi 40 penyakit kritikal, dimana peminjam tidak perlu menyelesaikan baki caruman jika salah satu daripada 39 penyakit merbahaya itu dikesan. Peminjam mendapat ketenangan fikiran dengan mengambil insurasn hayat. 

  1. Insurans hayat lebih fleksibel yang mana dari segi caruman, peminjam boleh memilih untuk mengambil insurans bertempoh, insurans hayat atau insurans berkaitan pelaburan mengikut kemampuan. 

  1. Selepas beberapa tahun, seandainya nilai tunai cukup, peminjam boleh mengunakan nilai tunai daripada insurans hayat untuk menyelesaikan baki pinjaman sepenuhnya. Ini secara automatic memendekkan lagi tempoh pembayaran pinjaman dan masih mempunyai perlindungan daripada insurans hayat itu. Semua ini hanya boleh diperolehi daripada insurans hayat sahaja.