TAKAFUL IKHLAS AWARD

TAKAFUL IKHLAS AWARD

Profil Korporat Takaful Ikhlas

Profil Korporat Takaful Ikhlas


Dalam tempoh lima tahun operasi kami, Takaful Ikhlas telah mengukuhkan kehadirannya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam. Kini reputasi Takaful Ikhlas dalam pasaran sebagai satu ‘jenama’ dinamik begitu dikenali ramai.


Hingga kini, lebih daripada 1,000,000 individu dan syarikat telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Takaful Ikhlas dan menjadi pemegang polisi (peserta).

Komitmen dan pegangan Takaful Ikhlas kepada nilai-nilai yang amat kami hargai, bersama-sama dengan penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan perjalanan perniagaan, telah membina nama baik Takaful Ikhlas atas pendekatan dan penyediaan perkhidmatan yang beretika.


Portfolio Takaful Ikhlas meliputi rangkaian Pelan Takaful Keluarga, Kumpulan dan Am serta rider-rider untuk individu dan usahaniaga komersial. Banyak lagi produk dan perkhidmatan yang sedang kami rancangkan untuk jangkamasa yang terdekat. Saluran pengedaran/perkhidmatanTakaful khlas yang terdiri daripada lebih 5,000 orang ejen, broker, institusi kewangan pemegang francais kenderaan bermotor, koperasi dan organasi-organasi Islam.


Dalam tempoh lima tahun, Takaful khlas telah mewujudkan rangkaian ejensi yang luas dengan kehadiran kami disemua pusat Bandar utama serta beberapa Bandar kecil, di Malaysia Barat dan Timur. Piawaian etika tinggi yang telah kami tetapkan untuk warga kerja dan rakan kongsi perniagaan boleh dilihat menerusi tindak balas kami yang pantas terhadap para pelanggan dan reputasi kami dalam perkhidmatan tuntutan yang adil dan cepat. Takaful Ikhlas tidak mempunyai sebarang pembayaran tuntutan “tertunggak” dengan kelulusan diproses dalam masa 24 jam bagi kebanyakan kes.


Selari dengan komitmen Takaful Ikhlas mencapai kecemelangan, kami telah menyediakan satu sistem pengurusan prestasi yang berdasarkan kepada meritokrasi untuk warga kerja kami.Takaful Ikhlas turut mendapatkan khidmat perunding untuk menjalankan kajian daya kecekapan yang menyeluruh untuk semua warga kerja bagi mempertingkat kebolehan mereka.
Takaful Ikhlas juga melaksanankan program berdasarkan sistem nilai bagi semua warga kerja untuk memastikan mereka terus mematuhi nilai teras syarikat.


Penggunaan teknologi dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Hingga kini, Takaful Ikhlas telah membuat pelaburan yang besar dalam bidang ini sebagai menyokong falsafah kami untuk mewujudkan kecekapan dan kebersanan dalam memberi perkhidmatan kepada para peserta dan rakan kongsi perniagaan kami.

Selain daripada menggunakan teknologi terkini untuk memacu proses dibarisan hadapan dan dibelakang kami, serta menyepadukan kedua-duanya, Takaful Ikhlas juga merupakan antara syarikat yang pertama menggunakan Sistem e-Covernote yang menghubungkan Takaful Ikhlasdengan Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ. Selain itu, kami juga mempunyai satu Sistem Anggaraan Tuntutan Elektronik yang berupaya mempercepatkan proses penilaian tuntutan kenderaan bermotor. Takaful Ikhlas juga,turut melancarkan portal ejensi, I-POS yang membolehkan para ejen menyemak portfolio perniagaan mereka. Pada waktu yang sama kami telah menjadi perintis dalam memperkenalkan pembelian Takaful motor untuk pembelian baru serta pembaharuan yang digelar sebagai e-IKHLAS.


Dari sudut korporat, Syarikaat induk Takaful Ikhlas, MNRB Holdings berhad telah meningkatkan Modal berbayar kepada RM195 juta bagi memenuhi keperluan pihak berkuasa selain mengembangkan perniagaan Takaful Ikhlas dalam industri Takaful.


Memandang ke hadapan, prospek bagi dua tahun akan datang mejanjikan percapaian yang lebih baik bukan hanya kepada Syarikat, bahkan kepada para peserta dan rakan kongsi perniagaannya. Ini selaras dengan usaha Takaful Ikhlas untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan memberi pulangan yang lebih baik kepada semua pemegang kepentingan syarikat.


Insya Allah, lebih banyak kejayaan akan dicapai. Matlamat syarikat adalan untuk menjadikanTakaful Ikhlas sebagai perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan dan tiada yang boleh menjadi batu penghalang dalam kami memenuhi hasrat ini.